Osman Sapian Menteri Besar Johor ke-16
Astro Awani
Mei 12, 2018 18:52 MYT
Mei 12, 2018 18:52 MYT
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian, 67, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-16.
Beliau mengangkat sumpah di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada jam 3 petang tadi, menurut kenyataan Royal Johor Press.
Osman adalah Setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama UMNO, sebelum digugurkan pada PRU 2013.
#ADUN Kempas
#angkat sumpah
#Istana Bukit Serene
#Malaysia Memilih
#Menteri Besar Johor
#Osman Sapian
#Pilihan Malaysia
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar