Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia ditemui, identiti sedang dikenal pasti

Astro Awani
Jun 19, 2015 15:11 MYT
Adakah mereka mempunyai kaitan dengan insiden rompakan kapal tangki MT Orkim Harmony?
Lapan warga Indonesia ditemui berhampiran Pulau Tho Chu, Vietnam sekitar jam 6:30 pagi tadi.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twit terbarunya memaklumkan bahawa Identiti kelapan-lapan mereka masih lagi dikenal pasti.
Kata Abdul Aziz, kelapan-lapan mereka ditemui pasukan penyelamat selepas mendakwa bahawa bot nelayan mereka karam.
Orkim Harmony: Perompak ugut Kapten kapal sebelum melarikan diri
Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri
Perampas kapal Orkim Harmony bertutur loghat Indonesia - Panglima TLDM

#MTOH: At 0630 today, Tho Chu Island in Vietnam found 8 Indons on a lifeboat who claimed their fishing boat sank. Investigation ongoing.

— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#MTOH: The 8 Indonesians found at Tho Chu Island on 19 un at 0630. We are awaiting confirmation from the authority. pic.twitter.com/mKEoTFoLLL

— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kira-kira 2.30 pagi Jumaat, Kapal Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu, bebas dari tawanan perompak setelah lapan perompak melarikan diri ketika dalam pelayaran menuju ke Kepulauan Natuna, Indonesia.
Kapal tersebut yang membawa Unlead Gasolin (ULG 95), iaitu minyak petrol RON 95 hampir 6000 tan matrik yang bernilai RM21 juta dilaporkan selamat ketika ditemui.
Kini MT Orkim Harmony dalam pelayaran pulang diiringi oleh KD Handalan menuju ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba di pelabuhan pada jam 2 pagi Sabtu.
#Abdul Aziz Jaafar #Indonesia #Orkim Harmony #rampasan
;