Orkim Harmony: Kesemua kru diselamatkan, 8 perampas larikan diri

Astro Awani
Jun 19, 2015 10:53 MYT
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tweet terbarunya memaklumkan, kesemua 22 anak kapal dalam keadaan selamat dan sihat. - Gambar Fail
Kesemua kru kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu dilaporkan telah berjaya diselamatkan dan dibebaskan kira-kira 2.30 pagi tadi.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tweet terbarunya turut memaklumkan, kesemua 22 anak kapal dalam keadaan selamat dan sihat.
Bagaimanapun katanya salah seorang tukang masak warga Indonesia, cedera terkena tembakan di peha pada malam 11 Jun.

MT OH: Kesemua 22 krew selamat dan sihat. Cuma 1 tukang masak, warga Indonesia, cedera terkena tembakan di peha pd mlm 11 Jun.

— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau turut memaklumkan lapan perompak gagal diberkas. Mereka berjaya melarikan diri daripada kapal antara jam 8.15 ke 8.30 malam tadi menggunakan bot menyelamat.
BACA: Perampas kapal Orkim Harmony bertutur loghat Indonesia - Panglima TLDM
BACA: Perampas MT Orkim Harmony cuba lari, belayar ke Pulau Natuna, Indonesia
Pembebasan tersebut turut disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata pembebasan kru kapal itu adalah menerusi rundingan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan perampas kapal berkenaan.
Beliau berkata kapal MT Orkim Harmony akan dibawa ke Pelabuhan Kuantan.
"Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan mengalami cedera ringan dan akan dihantar ke hospital berdekatan sama ada di Kuantan atau Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Tiga pesawat termasuk milik Australia P3 Orion, sebelum ini menyertai usaha memburu perompak selain turut disertai tiga kapal milik TUDM termasuk kapal KD Jebat.
Kumpulan perampas terbabit juga meminta pihak penguat kuasa menyediakan bot ketika mereka sampai di Pulau Natuna.
Sebelum ini, dalam kemaskini twitter, Abdul Aziz berkata, rundingan diteruskan dengan kumpulan berkenaan untuk membebaskan kesemua 22 anak kapal. Kata beliau lagi, sekurang kurangnya 8 perompak dikesan.
Tambah beliau, kumpulan perompak yang bersenjatakan pistol dan parang berkomunikasi menggunakan loghat Indonesia.

MT Orkim Harmony: At least 8 perpetrators are onboard. They are armed with pistols and 'parangs'. They speak with Indonesian accent.

— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) June 18, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, kapal MT Orkim Harmony dijangka tiba di Pulau Natuna esok dan TLDM sudah memaklumkan perkara tersebut kepada penguatkuasa maritim Indonesia.
Kapal itu dikesan 3.45 petang Rabu oleh pesawat tentera Australia P3 Orion di Teluk Siam.
BACA: Orkim Harmony: Kru selamat, rundingan dengan perampas sedang dijalankan
BACA: MT Orkim Harmony berjaya dikesan, nasib anak kapal belum dapat dipastikan
Kapal tangki yang membawa muatan minyak petrol RON 95 bernilai 21juta ringgit itu juga ditukar nama dan dicat dengan warna lain.
TLDM yakin muatan petrol terbabit masih berada dalam kapal.
#Abdul Aziz Jaafar #Indonesia #Orkim Harmony #rampasan
;