Orkim Harmoni: Lapan warga Indonesia yang ditahan Vietnam disahkan dalang rampasan

Hakim Rahman
Jun 20, 2015 10:59 MYT
Kelapan-lapan perompak kini dalam tahanan pihak berkuasa Vietnam dan berkemungkinan akan dibawa ke Malaysia. - Foto TLDM
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan lapan individu yang ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu adalah kumpulan yang merampas kapal MT Orkim Harmony.
Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid berkata perkara itu disahkan sendiri oleh pihak berkuasa Vietnam.
"Salah seorang anak kapal yang tercedera juga mengesahkan lapan individu tersebut merupakan mereka yang merampas kapal berkenaan," katanya dalam sidang media di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini.
Semua lapan perampas itu kini ditahan dan disiasat pihak berkuasa Vietnam dan tidak menolak kemungkinan untuk dibawa ke negara ini untuk berdepan tindakan undang-undang.
Tambah Azhari, semua mereka mengecat tanda nama pada rescue boat MT Orkim Harmony sebagai taktik mengelirukan pihak berkuasa.
Siasatan lanjut kes berkenaan akan diserahkan kepada agensi penguasaan maritim untuk tindakan seterusnya.

TLDM sahkan 8 suspek yg ditahan di Pulau Tou Chu sebagai perompak yg cuba merampas MT Orkim Harmony @501Awani pic.twitter.com/VkJt5esZlE

— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Antara taktik perompak yang mengecat kapal penyelamat MT Orkim untuk melarikan diri @501Awani pic.twitter.com/yYwOWqfDQV

— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Perompak biasanya akan cari daratan paling hampir untuk mendarat dan pulau Tou Chu plg dekat dlm 50 batu nautika" @501Awani

— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Siasatan terhadap insiden MT Orkim Harmony diserahkan kepada APMM sebaik ia berlabuh - Laksamana Muda Datuk Azhari Abd Rashid @501Awani

— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

8 perompak dikini dlm tahanan pihak berkuasa Vietnam dan mungkin dibawa ke Malaysia - Laksamana Muda Dato Azhari Ab Rashid @501Awani

— HakimRahman (@abdhakimrahman) June 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Orkim Harmony: Lapan warga Indonesia sedang disoal siasat - APMM
BACA: Kapal tangki MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan
BACA: Kronologi kejadian rompakan MT Orkim Harmony
FOTO: Kapal MT Orkim Harmony selamat pulang
Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan jam 7 pagi tadi dengan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan.
Ia kemudiannya selamat berlabuh di Pelabuhan Kuantan, jam 7.50 pagi selepas ketibaan tertangguh akibat mengalami kerosakan enjin dan laut bergelora.
Turut bersama, kesemua 21 kru yang berjaya diselamatkan pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM kira-kira jam 2.30 pagi Jumaat, 19 Jun 2015.
Anak kapal terbabit terdiri daripada 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar.
Sementara tukang masak warga Indonesia yang cedera ditembak dalam insiden rampasan itu telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat.
#ahmad puzi #APMM #Orkim Harmony #suspek
;