POPULASI penduduk di Kuala Lumpur kini mencecah lebih 1.7 juta orang, walaupun pada rekod awal menunjukkan sebenarnya Kuala Lumpur didiami dengan jumlah yang agak kecil.

Malahan, siapa sangka sebuah pekan lombong bijih timah, mampu berevolusi kepada sebuah bandaraya metropolitan terkemuka, yang meletakkan nama Malaysia gah di seantero dunia?

Mari mengenali dan mengimbas kembali tujuh fakta sejarah yang anda perlu tahu mengenai bandar raya Kuala Lumpur.

Sempena sambutan Hari Wilayah, astroawani.com telah melancarkan kempen #OrangKL akan dilancarkan hari ini.



1. Pembukaan Kuala Lumpur

Pada tahun 1857, Raja Abdullah, wakil Yam Tuan yang mentadbir Kelang, meneroka Kuala Lumpur untuk mencari bijih timah dengan dibantu oleh Raja Jumaat dari Lukut dan 87 pekerja Cina.

Setelah menghilir Sungai Gombak dan Sungai Kelang, mereka merentas hutan belantara dan menjumpai bijih disekitar Ampang.

Mulai dari saat itu, Kuala Lumpur terus bergerak dari sebuah perkampungan perlombongan bijih timah menjadi pusat perdagangan yang dapat menarik minat pelabur dari luar.

2. Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran

Kedatangan Yap Ah Loy semasa tahun 1860-an menampakkan pertumbuhan yang lebih pesat.

Melihat kepada pontensi kemajuan Kuala Lumpur selepas kedatangan Yap Ah Loy semasa tahun 1860, Residen British di Selangor pada Disember 1873, J.G. Davidson telah memindahkan ibu kota Selangor dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880 apabila Frederick Weld menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat yang baru.

3. Pembangunan terancang Kuala Lumpur ketika dijajah British

Pentadbiran Inggeris terus mentadbir Kuala Lumpur dengan menjadikannya sebagai pusat bandar yang berwajah baru dengan pelan dan perancangan yang lebih tersusun.

Pembangunannya mula dirancang untuk memenuhi keperluan sesebuah bandar yang selesa terutamanya setelah Frank Swettenham menjadi residen Selangor pada tahun 1882.

Pembangunan ini lebih mudah dilaksanakan kerana Kuala Lumpur telah beberapa kali musnah akibat kebakaran dan perang saudara.

4. Kuala Lumpur sebagai ibu negeri Perseketuan Negeri-negeri Melayu bersekutu

Sejak menjadi ibu Kota Selangor, Kuala Lumpur telah berkembang pesat dan telah dipilih sebagai ibu negeri Perseketuan Negeri-negeri Melayu bersekutu pada tahun 1896, diikuti oleh pemerintahan Malayan Union.

5. Pentadbiraan Kuala Lumpur pada 1890

Lembaga Kebersihan telah bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia Kuala Lumpur pada tahun 1890 dengan menjaga kebersihan jalan raya, pemasangan lampu dan sebagainya. Kini ia berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

6. Bangunan Sultan Abdul Samad, Pusat Pentadbiran Kuala Lumpur

Bangunan Sultan Abdul Samad dahulunya merupakan Pusat Pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, selain menempatkan Pejabat Pos Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Mahkamah Agung Malaysia.

Kini, bangunan berkenaan berfungsi sebagai pejabat Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

7. Bandaraya Kuala Lumpur

Pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur dianugerahkan sebagai taraf 'Bandaraya' oleh Yang di-Pertuan Agong dan kemudiannya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

Sumber : Arkib Negara Malaysia Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi dan Multimedia