Orang yang diburu jadikan remaja tebusan
Astro Awani
Januari 13, 2013 09:07 MYT
Januari 13, 2013 09:07 MYT
Salah seorang orang kena tuduh yang lolos dari tahanan polis ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu, Mohd. Khairul Nizam Mohd. Rani sempat menimbulkan suasana cemas sebelum berjaya ditahan.
Ia ekoran tindakan nekadnya menjadikan seorang remaja berusia 19 tahun sebagai tebusan dalam usahanya melarikan diri daripada polis.
Dengan menggunakan senjata parang Mohd. Khairul dilapor melarikan remaja terbabit iaitu Khairul Anas Mohd Fadli, dengan menaiki sebuah motosikal.
Dia kemudiannya membawa remaja terbabit ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda.
Bagaimanapun operasi memburu suspek berakhir apabila dia ditemui di Berapit manakala tebusannya pula ditinggalkan dalam keadaan selamat.
Ekoran perkembangan itu polis yakin akan menahan dua lagi tahanan yang masih bebas.
Ini kerana mereka yang lolos dipercayaikini berada dalam keadaan kelaparan dan pasti akan muncul di khalayak ramai untuk mencari makanan dan minuman.