Orang ramai tumpu 'Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat'

Bernama
Januari 6, 2024 01:45 MYT
Program Jualan Termurah ‘Khidmat Demi Masyarakat’ di kawasan sekitar PPR Kerinchi hari ini jadi tumpuan orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada kadar yang lebih murah berbanding harga pasaran. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan terutama barang basah sempena program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat hari ini.
Seawal 7.30 pagi, orang ramai sudah mula beratur di kawasan berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, iaitu lokasi berlangsungnya program anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dijangka hadir bagi merasmikan program berkenaan.
Pada program berkenaan, orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan seperti beras lima kilogram (5kg) yang dijual pada harga RM16.50, ikan siakap RM7 seekor, tiga ekor ikan cencaru yang dijual dengan harga RM1 dan ayam segar RM8.50 sekilogram.
Selain itu, buah-buahan juga boleh didapati pada program berkenaan. - BERNAMA
#Jualan Termurah #Khidmat Demi Rakyat #PPR Kerinchi #Fahmi Fadzil