Orang ramai mahu jalan diperbaiki

Astro Awani
Januari 7, 2013 08:21 MYT
Jalan raya rosak dan tidak berkualiti di sekitar Lembah Kelang antara isu yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemandu dan pengguna.
Lebih dikesali adalah setiap kali musim hujan, kerosakan jalan semakin menjadi-jadi.
Orang ramai memberi pandangan mengenai masalah berkenaan. Rata-rata berpendapat, jalan rosak mengundang risiko kepada pengguna terutamanya kepada penunggang motosikal.
Bagaimanapun, mereka juga percaya masalah ini sepatutnya ditangani bersama tanpa perlu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Mereka mendakwa jalan dibaiki selalunya hanya bertahan sementara.
Justeru, kajian perlu dibuat bagi meneliti kualiti dan ketahanannya termasuk bahan gunaan dan pembinaan mengikut piawaian ditetapkan supaya masalah tidak berpanjangan.
#jalan raya rosak #kerosakan jalan #musim hujan #pendapat orang ramai
;