Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos

Bernama
Ogos 25, 2023 09:45 MYT
Tarikh akhir pendaftaran adalah sehingga pukul 2 petang pada 28 Ogos ini. - Foto Twitter/Majlis Bandaraya Ipoh
IPOH: Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.
MBI menerusi portal rasminya memaklumkan acara itu akan bermula dari pukul 7.45 malam dengan peserta perlu melakukan kayuhan di sekitar bandar raya Ipoh.
"Setiap peserta akan dikenakan yuran sebanyak RM50 dengan penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk dari luar negara.
"Tarikh akhir pendaftaran adalah sehingga pukul 2 petang pada 28 Ogos ini. Peserta yang mendaftar awal akan diberikan 'goodies' serta barangan lain dan terhad kepada 500 penyertaan awal sahaja," menurut MBI.
Individu yang berminat boleh mendaftar secara walk-in (jumpa terus) di ruang legar bangunan MBI di Greentown di sini atau boleh mengimbas kod QR pada poster.
Hadiah cabutan bertuah bernilai RM500 menanti peserta.
-- BERNAMA
#Kayuhan Merdeka #Bulan Kebangsaan #MBI #sambutan
;