Orang ramai diminta berwaspada, BNM tidak promosikan skim pelaburan

Bernama
Januari 18, 2024 22:51 MYT
Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya. - Foto tangkap layar FB BNM
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.
Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) hari ini, BNM berkata tindakan akan diambil terhadap pelaku.
"Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui http://bnmlink.bnm.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
#BNM #skim pelaburan #Bank Negara Malaysia #video palsu
;