Orang ramai anggap perayaan tidak meriah tanpa mercun

Astro Awani
Januari 31, 2014 17:51 MYT
Pembakaran mercun amat sinonim ketika sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan hari ini. Menurut tradisi kaum Cina, ia adalah untuk menghalau hantu.
Perayaan lain di Malaysia juga mempunyai tradisi membakar mercun. Namun, setiap tahun pasti ada kes kecederaan melibatkan kanak-kanak. Pihak kastam dan polis juga sering memantau penjualan mercun secara haram.
Menurut undian yang dilakukan di AstroAwani.com, 44.76 peratus anggap jika pembakaran mercun diharamkan, ia akan menjejaskan kemeriahan dan tradisi sambutan perayaan.
Lebih kurang 37.6 pula berpendapat ia tidak akan menjejaskan kemeriahan.
Mereka yang tidak pasti adalah 13.04 (yang jawab Mungkin Ya) dan 4.6 peratus yang menjawab Mungkin Tidak.
#mercun #pembakaran mercun #Tahun Baru Cina
;