Orang kita punyai kepakaran bagi menguntungkan negara - Tun M

Hilal Azmi
Januari 10, 2018 13:42 MYT
MAHATHIR: Sebenarnya khidmat perunding luar untuk kerajaan tak diperlukan - Foto Astro AWANI
Malaysia tidak memerlukan khidmat pakar luar negara dalam memberi nasihat kepada kerajaan untuk membangunkan negara.
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana Malaysia mempunyai tenaga pakar dan pengalaman untuk menasihati kerajaan mengenai sesuatu yang baik serta positif untuk dilakukan.
Katanya, 'tabiat' mengggunakan kepakaran luar dalam menasihati kerajaan menyebabkan negara terpaksa menanggung kos yang amat tinggi malah mengundang ancaman lain di masa depan.
"Sebenarnya mereka (perunding luar negara) tidak diperlukan di negara kita.
"Orang kita sudah cukup kepakaran untuk menasihatkan kerajaan bagaimana untuk menguntungkan negara.
"Saya tidak mahu cakap masa dulu. Hakikatnya, negara kita sudah dapat dibangunkan sehingga diiktiraf dunia sebagai salah satu daripada 'Harimau Asia' tanpa menggunakan khidmat penasihat negara lain," katanya semasa sesi Facebook Live, 'Policy Talk' dengan tema kos sara hidup pada Rabu.
Dalam sesi sama, pelbagai isu kos sara hidup disentuh serta beberapa cadangan turut dikemukakan.
#fb live #Kepakaran Malaysia #Mahathir Mohamad #Pakatan Harapan #Pengalaman Malaysia bangunkan negara #policy talk #tips jimatkan kos kerajaan
;