Orang awam terkejut jumpa mayat perempuan terdampar di Pantai Irama
Vivi Sumanti
Januari 22, 2018 16:36 MYT
Januari 22, 2018 16:36 MYT
Orang awam yang melewati kawasan Pantai Irama, Bachok untuk pelbagai urusan harian terkejut apabila menjumpai satu mayat perempuan yang terdampar di gigi air, pada jam 9 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah mangsa berusia 24 tahun yang tidak didedahkan identiti itu dipercayai mengalami kemurungan sebelum bertindak terjun ke laut.
Berdasarkan temu bual dengan ahli keluarga mangsa, mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Panji di sini sekitar jam 6.30 pagi tadi dengan memandu kereta.
Mangsa juga dikatakan menghantar pesanan melalui aplikasi Whatsapp kepada ahli keluarganya meminta supaya mengambil keretanya di pantai berkenaan.
Menurut Nik Aminuddin lagi, mangsa juga dikatakan mengalami kemurungan sejak berusia 19 tahun.
“Kes diklasifiksikan sebagai mati mengejut kerana siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dan tiada kecederaan ditemui atas badan mangsa” katanya dalam ketika ditemui pemberita.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11 untuk proses bedah siasat.