Orang awam boleh beri penghormatan akhir kepada Masing pada Rabu (3 Nov)
Munirah Mudzamli
Oktober 31, 2021 20:17 MYT
Oktober 31, 2021 20:17 MYT
KUCHING: Masyarakat Sarawak boleh membuat penghormatan akhir kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing pada Rabu (3 November).
Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan memaklumkan, majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana Kuching.
“Sesi pukul 8.30 hingga 9.30 pagi adalah untuk orang kenamaan, diikuti sesi untuk orang awam bermula 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
"Orang awam dinasihatkan untuk berpakaian kemas dan dinasihati menjalani ujian RTK Antigen COVID-19. Mendiang kemudian akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching, usai upacara penghormatan akhir,” katanya.
Mendiang meninggalkan balu, Puan Sri Corrine Masing, empat anak perempuan, dan seorang anak lelaki menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 7.05 pagi di Pusat Perubatan Pakar Normah pada Ahad.
Sementara itu, Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijangka memberikan penghormatan akhir kepada mendiang pada Isnin.