Orang asli tidak ambil peluang majukan diri
Astro Awani
Februari 10, 2013 10:57 MYT
Februari 10, 2013 10:57 MYT
Di sebalik pembangunan pesat Wilayah Pembangunan Iskandar sejak enam tahun lalu, segelintir penduduk orang asli sengaja tidak mengambil peluang untuk mengubah nasib keluarga.
Malah mereka sekadar mengharapkan bantuan berterusan yang sekaligus menunjukkan mereka kurang mampu berdikari.
Sikap itu nyata merugikan dan menyebabkan segelintir masyarakat orang asli terpinggir daripada arus kemajuan.
Ada yang melihat pembangunan perlu disesuaikan dengan kehendak mereka dan bukan sebaliknya.
Bagi yang bijak mengambil kesempatan, mereka dapat memajukan ekonomi dan taraf hidup.
Antaranya Jory Kasi, penduduk orang asli Kampung Simpang Arang, menjalankan perniagaan barangan terpakai dan khidmat bas sekolah.
Mereka percaya setiap individu perlu ada keinginan untuk berubah.
Mengulas isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusa Jaya, Datuk Azizan Sapian.
Beliau memberitahu sikap terlalu mengharapkan bantuan menyebabkan segelintir masyarakat tidak mampu berdikari.
Untuk itu transformasi mentaliti golongan ini amat diperlukan supaya mereka mampu bergerak seiring kemajuan dan pembangunan.