Ops PATI: 971 pendatang asing ditahan

Astro Awani
Februari 20, 2016 14:44 MYT
Operasi Penguatkuasaan Imigresen dilaksanakan secara berterusan setiap hari untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara. - Gambar hiasan
Seramai 971 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi serentak penguatkuasa imigresen yang diadakan di seluruh negara lewat Jumaat malam.
Dalam operasi berakhir jam 10 pagi Sabtu itu, sejumlah 2,182 PATI diperiksa membabitkan pelbagai warganegara.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Sakib Kusmi dalam satu kenyataan berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dokumen palsu dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pelarian (UNHCR).
Tangkapan juga dibuat berdasarkan lain-lain kesalah yang melanggar Akta Imigresen.
Menurutnya, kesemua tahanan akan ditempatkan di depot tahanan imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Operasi Penguatkuasaan Imigresen dilaksanakan secara berterusan setiap hari untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.
Pada masa sama, majikan yang dikesan menggunakan perkhidmatan PATI juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63.
#971 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi serentak penguatkuasa imigresen yang diadakan di seluruh negara lewat Jumaat malam #Akta Imigresen #UNHCR
;