Ops Licin 2: 14 orang lagi ditahan SPRM hari ini

Media Statement
Mac 4, 2015 22:36 MYT
Seramai 14 orang iaitu 11 pegawai penguat kuasa dan tiga orang awam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, pada hari ketiga operasi , bagi membantu siasatan berkaitan Ops Licin 2.
Seramai 14 orang iaitu 11 pegawai penguat kuasa dan tiga orang awam ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, pada hari ketiga operasi , bagi membantu siasatan berkaitan Ops Licin 2.
Anggota penguat kuasa yang ditahan terdiri daripada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lima pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tiga penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
Daripada kesemua yang ditahan, empat pegawai KPDNKK berpangkat Pembantu Penguatkuasa, seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa, tiga pegawai Kastam Gred W17 dan seorang anggota polis berpangkat Koperal.
Turut ditahan adalah dua pesara tentera dan seorang bekas pegawai KPDNKK.
Dua anggota PGA ditahan di SPRM Perak manakala selebihnya ditahan di Pejabat SPRM Kedah bermula jam 9.30 pagi hingga jam 7.00 malam ini. Mereka berumur antara 30-an hingga 50-an.
Semalam seramai 11 orang ditahan, sembilan daripadanya merupakan anggota polis dan dua adalah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).
Kesemua yang ditahan dilepaskan kira-kira jam 8.00 malam semalam dengan jaminan antara RM1000 ke RM 3000 seorang.
Seramai 40 orang telah ditahan sejak Isnin lalu dimana lima anggota penguat kuasa Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), 12 anggota PGA, 3 pegawai Kastam, 10 anggota polis, 5 pegawai KPDNKK dan 5 orang awam.
Orang awam yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 manakala pegawai penguat kuasa pula disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan membabitkan Ops Licin 2 dijalankan oleh SPRM bagi mengesan anggota penguat kuasa yang terbabit meminta dan menerima rasuah, dipercayai bagi melindungi aktiviti penyeludupan dan penjualan minyak petrol dan diesel secara haram di sempadan Malaysia-Thailand.
#Ops Licin #Ops Licin 2 #pegawai polis #SPRM #Tahan
;