Ops Khas: 1,523 saman dikeluarkan
Astro Awani
Ogos 18, 2013 13:00 MYT
Ogos 18, 2013 13:00 MYT
Sebanyak 1,523 saman atas pelbagai kesalahan terhadap penunggang motosikal dikeluarkan menerusi Ops Khas motosikal yang dijalankan di seluruh negara sempena musim perayaan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad memberitahu, ops tersebut bermula 3 Ogos lepas dan berakhir Jumaat.
Jelas ismail, sepanjang operasi sebanyak 7,382 kenderaan telah diperiksa, 1,163 motosikal diberi notis pemeriksaan di Puspakom dan JPJ serta 88 lagi disita.
Katanya, 60 peratus kemalangan yang dicatatkan pada musim perayaan setiap tahun ialah penunggang motosikal.
Pihaknya akan membuat penilaian serta mendapatkan data kemalangan serta kematian sepanjang operasi musim perayaan yang bermula 1 hingga 18 Ogos.
Analisis tersebut dibuat bagi melihat statistik kemalangan dan kematian sama ada meningkat atau menurun serta kesedaran pengguna jalan raya dalam mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.
Sepanjang operasi perayaan itu juga JPJ menempatkan anggota di 72 daripada 146 kawasan kerap kemalangan manakala bakinya diselia pihak polis.