Ops Ihsan lancar kempen mega #PalestinMerdeka

Nickyson Nyambar
November 28, 2023 20:14 MYT
Kempen mega yang digelar #PalestinMerdeka ini amat menggalakkan rakyat Malaysia tampil memakai keffiyeh atau mafla Palestin sebagai tanda solidariti bersama rakyat negara itu. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR : Bersempena dengan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin pada 29 November, Rabu ini, Ops Ihsan bersama puluhan NGO lain melancarkan kempen gelombang mega tanda pagar #PalestinMerdeka.
Untuk itu rakyat di negara ini diseru agar menggunakan keffiyeh atau mafla Palestin pada hari berkenaan untuk menunjukkan solidariti teguh rakyat Malaysia bersama Palestin untuk sekian lama.
Menurut Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan, Jismi Johari dalam kenyataan pada Selasa, bersempena dengan hari penting itu, pelancaran gelombang #PalestinMerdeka bermula pada Selasa malam bermula jam 8 dan akan diteruskan dalam tempoh 12 jam yange berikutnya.
Rakyat juga amat digalakkan menukar gambar profil di media sosial masing-masing.
Ops Ihsan mengharapkan agar kempen ini mendapat sambutan dan diberi perhatian oleh seluruh kepimpinan negara serta mencapai objektif yang memperjuang nasib rakyat Palestin.
Jelasnya, tanda pagar itu juga adalah sebahagian daripada gelombang mega yang dilancarkan MyAqsa Defenders bersama puluhan NGO lain yang bersama-sama membela nasib rakyat Palestin.
"Antara objektif utama mengingati tarikh 29 November yang telah menyebabkan Palestin terbahagi kepada tiga bahagian, ia juga merupakan salah satu usaha untuk menggerakkan masa dalam menularkan dan menjayakan #PalestinMerdeka sepertimana pernah dilakukan pada tahun 2021 dengan tanda pagar #IsraelKoyak.
"Usaha ini selain mengangkat nama Malaysia sebagai negara yang tetap berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Palestin, ia juga akan memberi mesej yang jelas bahawa Malaysia tidak akan menyokong sama sekali tindakan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin," katanya dalam kenyataan sama.
#Ops Ihsan #My Aqsa Defenders #Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Palestin #29 Nov
;