Ops Daulat: Operasi penggeladahan diteruskan

Astro Awani
Mac 6, 2013 20:03 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memaklumkan, dalam operasi penggeledahan sekitar 1.45 petang, pasukan keselamatan berbalas tembakan dengan pengganas dan mereka melarikan diri.
Kawasan operasi Ops Daulat kemudian diperluas hingga ke Tanjung Batu, yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Tanduo.
Ketika operasi mencari dilakukan, pasukan keselamatan berbalas tembakan di tiga lokasi di Kampung Tanduo pada 4.15 petang.
Ismail juga percaya pasukan keselamatan dapat menembak musuh.
Dalam pada itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain tidak tolak kemungkinan jumlah pengganas yang terbunuh melebihi 13 orang, ini berdasarkan penemuan kubur pengganas.
Pasukan keselamatan turut menemui senjata milik pengganas dan pencarian juga diteruskan bagi mencari senjata yang mungkin ditanam.
Operasi menggeledah di kawasan terlibat juga diteruskan.
#Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain #Ketua Polis Negara #Panglima Angkatan Tentera #Tan Sri Ismail Omar
;