Ops Daulat: 6 lagi ditangkap di Semporna
T K Letchumy Tamboo
Mac 10, 2013 18:41 MYT
Mac 10, 2013 18:41 MYT
Polis telah menangkap enam orang yang dipercayai ada kaitan dengan penceroboh Sulu di pantai timur Sabah dalam dua kejadian yang berasingan di Semporna hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata dalam kejadian pertama yang berlaku pada pukul 6.30 pagi di Kampung Perigi, polis menangkap empat lelaki manakala dalam kejadian kedua yang belaku pada pukul 8.50 pagi di Jalan Semporna, polis menangkap dua orang dewasa.
“Mereka kini sedang disiasat di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Dalam kejadian tembak menembak di Kampung Simunul pada 2 Mac lepas, enam anggota pasukan keselamatan Malaysia terkorban.