Ops Cantas Khas bersihkan poster Ah Long
Astro Awani
Disember 24, 2013 08:26 MYT
Disember 24, 2013 08:26 MYT
150 poster besar di sekitar Ampang telah diturunkan dalam Operasi Cantas Khas petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan pinjaman tidak berlesen di sekitar Lembah Klang khasnya di Ampang.
Kegiatan menampal serta mengantung iklan oleh agen-agen Ah Long itu bukan hanya mencacatkan pemandangan malah mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.
Beliau berkata demikian selepas selesai operasi pembersihan poster Along di sekitar Ampang.
Operasi itu disertai oleh tujuh pegawai dan 35 anggota polis termasuk Penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Dalam operasi ini 150 poster besar diturunkan manakala poster-poster kecil dibersihkan terutama di pondok telefon, papan tanda jalan, dan tiang-tiang elektrik.
Operasi bermula pada pukul 3 petang sehingga 7 malam dan akan dilakukan setiap hari.