OPPO Malaysia angkat ‘Wira Tak Didendang’ sempena Merdeka 67

Israr Khalid
Ogos 31, 2024 21:04 MYT
Setelah negara kita berpentadbiran sendiri sejak 67 tahun yang lalu, tak terhitung jumlahnya mereka yang telah berkorban setiap titis darah, keringat dan air mata untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan tanah air.
KUALA LUMPUR: Bila kita bercakap tentang wira, biasanya yang muncul dalam fikiran adalah mereka yang tampil gagah di hadapan khalayak, menghiasi dada-dada akhbar, cemerlang di bawah lampu sorot, menggapai sesuatu yang sukar dicapai orang biasa.
Bila berbicara tentang sang pejuang, yang dibayangkan adalah mereka yang menjadi laksamana di medan pertarungan, nakhoda sebuah bahtera, jeneral sebuah angkatan tentera, sosok yang terutama.
Bagaimanapun, kita sering terlepas pandang mereka yang di belakangnya, yang memastikan sang laksamana tidak kecundang awal, yang memegang kuat layar ketika bahtera dibantai badai, yang bergerak sebagai sebuah unit, yang memastikan segala gerak berjalan lancar.
Setelah negara kita berpentadbiran sendiri sejak 67 tahun yang lalu, tak terhitung jumlahnya mereka yang telah berkorban setiap titis darah, keringat dan air mata untuk melunaskan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa dan tanah air.
Sebahagian besar daripada mereka tidak pernah kita ketahui namanya.
Para anggota keselamatan, petugas kesihatan, polis, bomba, doktor, jururawat, dan segala komponen yang terlibat dalam memastikan negara ini berfungsi - mereka juga wira, yang tidak kita dendangkan nama mereka selayaknya.
Namun, antara kesemuanya, boleh dikata tugas bombalah yang paling pelbagai dimensi cabarannya.
Tidak hanya memadam kebakaran, malah bidang tugasnya meliputi segala-galanya yang melibatkan kecemasan yang berlaku di negara ini - ada kalanya yang tersangka dek akal!
“Menangkap binatang, macam biawak, ular, buaya, itu sudah biasa. Saya juga pernah mengetuai operasi menyelamatkan seorang wanita daripada membunuh diri.
“Tapi paling kelakar adalah saya perlu menyelamatkan rumah tangga orang - suami isteri bergaduh, suami tak bagi isteri masuk rumah, jadi si isteri panggil kami untuk pecahkan mangga pintu rumah, dan saya kena pujuk si suami untuk benarkan isterinya masuk ke rumah,” cerita Pegawai Bomba Kanan Norazeian Jelani.
Begitupun, kata beliau yang sudah 14 tahun bertugas sebagai anggota celoreng oren, semuanya ditempuhi dengan tabah dan ikhlas, kerana sudah menjadi minat dan tanggungjawab.
Norazeian adalah antara anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terpilih untuk menjayakan kempen Hari Kemerdekaan ke-67 oleh OPPO Malaysia, yang membawakan sebuah filem pendek khas bertema “Penghargaan Wira Tak Didendang,” sebagai sebuah penghormatan kepada para petugas barisan hadapan negara.
“Dalam masyarakat kita, ramai antara kita yang bekerja hingga malam, tapi para wira ini bekerja tanpa lelah sepanjang masa untuk melindungi negara kita, sering kali tidak diiktiraf.
“Kempen ini memaparkan filem di sebalik tabir yang mengetengahkan perjalanan ‘abang-abang’ dan ‘kakak-kakak’ bomba menjadi wira dan wirawati, merakam detik-detik latihan keras, dedikasi, dan pengorbanan - yang dirakam dengan cukup cantik menggunakan siri telefon pintar Reno12,” kata Ketua Pemasaran Digital OPPO Malaysia Bryan Tan.
Filem ini memaparkan anggota bomba yang sebenar, yang mana mereka berkongsi rutin pekerjaan, pengalaman sepanjang bertugas serta perih getir dalam pekerjaan mereka selaku sandaran masyarakat.
Timbalan Penguasa Bomba Mohd Yusaimi Zulkifri, sejujurnya teruja dan berbesar hati apabila beliau dan beberapa rakan seangkatan lain terpilih untuk bekerjasama dengan OPPO Malaysia bagi menjayakan filem ini, yang mana katanya sedikit sebanyak menjadi wadah untuk menunjukkan realiti pekerjaan mereka kepada masyarakat.
Kerana daripada mengenal, kita memahami, dan dari itu hadirnya menghormati dan menghargai.
Menyingkap antara pengalaman paling diingatinya sepanjang hampir 30 berkhidmat, Yusaimi pernah menyelamatkan seorang ibu sarat hamil yang tersepit dalam kemalangan, malah menjadi ‘bidan terjun’ menyambut kelahiran bayi ibu terbabit.
“Nak kata kita ‘hero’ kepada masyarakat, saya tak pasti. Tapi bila kita berada dalam jabatan (JPBM), berada dengan masyakarat, kita menjadi lebih dekat dan lebih bersemangat untuk berkhidmat, sekali gus menaikkan nama jabatan dan lebih dari itu, cuma mahu berkhidmat untuk negara sebenarnya.”
Harapan sama dilontarkan Yusaimi dan Norazeian, mereka tidak mengharapkan sanjungan dan pujian, cukup dengan memberi kerjasama kepada mereka sebagai tanda menghargai peranan mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.
Sempena Hari Kemerdekaan tahun ini, seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk menyertai peraduan yang dianjurkan di laman Facebook rasmi OPPO Malaysia, menggunakan AI Studio OPPO untuk berubah menjadi wira pilihan masing-masing.
Para pemenang akan membawa pulang hadiah edisi terhad kalendar Wira Malaysia 2025.
Sempena kempen ini juga, OPPO memperkenalkan warna baharu Reno12 5G - Sunset Pink - sebagai tribut kepada wira tak didendang yang bekerja siang dan malam.
Juga serlahkan semangat Merdeka anda dengan promosi eksklusif untuk Siri Reno12 5G, serta Siri A3 baharu yang merangkumi A3 Pro 5G, A3x dan A3.
Beli OPPO Reno12 5G hari ini dan nikmati diskaun RM200 hingga 16 September 2024.
Lawati laman media sosial dan laman web rasmi OPPO untuk maklumat lebih lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Filem pendek khas rai ‘Wira Tak Didendang’
#Oppo #bomba #JBPM #Reno12 5G #Hari Kebangsaan #wira tak didendang
;