OPPO "66 Potret Malaysia" - sebuah 'tribute' keabadian cinta anak, ibu dan tanah air
Israr Khalid
Ogos 31, 2023 16:24 MYT
Ogos 31, 2023 16:24 MYT
TIADA negara yang lebih bertuah selain Malaysia.
Keunikan, keindahan, keharmonian, dan kemakmurannya terlihat pada setiap satu perkara yang ada di bumi ini - landskapnya, bangunannya, flora dan faunanya, dan paling jelas pada manusianya.
Wajah-wajah Malaysia tampil dalam pelbagai rupa, warna dan gaya, namun semangatnya satu - itu yang dilihat oleh Khairul Amin, seorang jurufoto tempatan yang merakam 66 potret sempena ulang tahun kemerdekaan ke-66 negara ini.
Khairul Amin mula mengambil gambar sejak 2013 atas dasar minat, dan graduan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Kuala Lumpur ini semakin dikenali kerana mengambil gambar dengan kamera telefon bimbit sahaja.
Kebolehan, kegigihan dan unikannya menggamit minat jenama-jenama besar antarabangsa untuk berkolaborasi dan terkini, tampil sebagai watak utama dalam kempen Merdeka OPPO menerusi filem pendek “66 Potret Malaysia.”
Dalam video berdurasi 1 minit itu, Khairul Amin menceritakan inspirasi di sebalik 66 potret memaparkan inti pati kepelbagaian jiwa Malaysia yang diabadikan dengan penuh rasa menggunakan OPPO Reno10 Pro+ 5G.
“Nama saya Khairul Amin. Kamera saya, OPPO. Inspirasi saya, arwah mak.
“Arwah mak tak pernah melihat dunia dengan mata, dia melihat dengan hati. Mak akan ceritakan bagaimana budaya kita yang berbagai ini membentuk sebuah gambaran perpaduan.
“Petikan kehidupan yg memaparkan kebersamaan dan sifat hormat adalah kisah-kisah yang kini menjadi memori dan menentukan setiap ‘shot’ saya, 66 potret untuk 66 tahun merakamkan nadi dan jiwa bumi Malaysia.
“Lensa saya, kasih mak, Malaysia kita. Sama-sama kita raikan hari ini sebagai satu gambar yang diambil penuh dengan kasih sayang. Selamat Hari Kebangsaan.”
Demikian bait-bait kata yang diungkap Khairul Amin, mengiringi visual yang memaparkan perjalanan Khairul Amin dalam merakam potret-potret yang memberi makna yang sangat peribadi kepada dirinya.
Ia menjadi sebuah tribut atau penghormatan kepada memori ibunya, seorang wanita berjiwa besar penuh cinta yang mengajarkan Khairul Amin tentang erti kebersamaan dan kasih pada segalanya, tak kira siapa atau apa.
Dengan 66 potret Malaysia yang diambil Khairul, OPPO, dalam matlamatnya mengejar inovasi teknologi untuk kesejahteraan kemanusiaan dan dunia, berharap ia dapat menginspirasikan seluruh warga untuk mengabadikan detik-detik yang menjadikan kita unik sebagai rakyat Malaysia.