Operasi sekolah memandu dibenarkan sehingga 8.30 malam
Astro Awani
Julai 14, 2020 15:57 MYT
Julai 14, 2020 15:57 MYT
Operasi sekolah memandu kini dibenarkan dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 malam, ujar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelasnya, waktu kursus dan latihan pemanduan pula dibenarkan bermula jam 8.30 pagi hingga 8 malam.
Pelaksanaan operasi berkenaan berkuatkuasa hari ini.
"Difahamkan oleh sebab waktu yang singkat maka, terlalu panjang beraturnya. Jadi kita benarkan. Latihan pemanduan mungkin boleh dilakukan pada waktu malam juga. Manakala, kapasiti pekerja juga dibenarkan 100 peratus," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Bagaimanapun,semua SOP yang telah ditetapkan sebelum ini mestilah dipatuhi.