Operasi SAR nelayan 80 tahun hilang di perairan Tanjung Hantu diperluas

Abd Razak Mohd Ali
Ogos 6, 2021 19:28 MYT
Mangsa dikenali sebagai Amat Bepam Shah, 80, dikhuatiri hilang lebih kurang 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu sekitar jam 2.20 petang semalam.
LUMUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan tempatan yang disyaki hilang di perairan Tanjung Hantu, dekat sini, diperluaskan hingga ke 62.28 batu nautika persegi hari ini.
Mangsa dikenali sebagai Amat Bepam Shah, 80, dikhuatiri hilang lebih kurang 1.3 batu nautika barat daya Tanjung Hantu sekitar jam 2.20 petang semalam.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, nelayan tempatan dari Pulau Pangkor itu disyaki terjatuh kelaut semasa melakukan aktiviti menangkap ikan.
Menurutnya, operasi hari ini yang turut dibantu oleh aset daripada Pasukan Polis Marin dan beberapa buah bot nelayan tempatan, masih berterusan.
“Sehingga kini pihak penyelamat tidak menemui sebarang petunjuk mengenai kehilangan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Shahrizan berkata, cuaca hari ini diramal dalam keadaan baik dengan ketinggian ombak sekitar 0.5 hingga 1.0 meter dan tiupan angin pada 20 kilometer sejam.
Beliau mengingatkan orang awam agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
#nelayan #belayan hilang #menangkap ikan #warga emas #SAR #Tanjung Hantu #maritim #APMM
;