Operasi SAR helikopter hilang dimulakan 6 pagi ini

Astro Awani
Mei 6, 2016 08:44 MYT
Anggota penyelamat meneruskan misi SAR pada awal pagi Jumaat. - Foto Astro AWANI
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara menyeluruh helikopter RPC 6828 di kawasan Sebuyau yang dilapor hilang petang Khamis bermula jam 6 pagi tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata operasi awal SAR telah dimulakan sejak Khamis malam.
Muhammad Sabtu juga menjelaskan PDRM akan bekerjasama dengan semua pihak dalam operasi tersebut.
Helikopter itu berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang pada Khamis sebelum terputus hubungan pada jam 4.32 petang.
Helikopter itu dilaporkan terputus hubungan ketika berada di kawasan Triso di Sri Aman.
Perjalanan melalui udara dari Betong ke Kuching biasanya akan memakan masa selama 35 minit.
Helikopter tersebut dikatakan membawa lima orang penumpang, termasuk dua ahli Parlimen dan salah seorangnya dipercayai merupakan anggota Kabinet.
#helikopter hilang #misi SAR #Muhammad Sabtu Osman #PDRM #polis #Sarawak
;