Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda
Israr Khalid
November 29, 2016 17:56 MYT
November 29, 2016 17:56 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki Malaysia, Ramli Abd Majid di Gunung Damavand, Iran hari ini ditunda berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan.
Ketua ekspedisi pendakian, Rozaimi Mohd Said memaklumkan, pihak pasukan operasi SAR tidak memaklumkan tempoh masa penangguhan tersebut tetapi akan menyambung semula usaha pencarian apabila cuaca semakin baik.
"Ini juga boleh dilakukan tanpa perlu menunggu perubahan musim seterusnya," katanya menerusi pesanan daripada aplikasi Whatsapp.
Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa keluarga Allahyarham Syed Redzuan sedang dalam usaha bagi membolehkan jenazah Allahyarham dipindahkan dari Amol ke Tehran dengan bantuan Duta Besar Malaysia ke Iran.
Beliau turut memohon kepada rakyat Malaysia supaya terus berdoa supaya Ramli segera ditemui dalam keadaan selamat dan dapat ditemukan kembali dengan keluarganya.
#Gunung Damarvand
#Gunung Damavand
#Iran
#Lembah Yakhar
#operasi mencari dan menyelamat
#pendaki hilang
#SAR