Operasi SAR bot karam perairan Merabung dihentikan
Radhi Muslim
Oktober 30, 2019 18:37 MYT
Oktober 30, 2019 18:37 MYT
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di perairan Merabung, Lahad Datu, dihentikan.
Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata selama enam hari SAR dijalankan, seorang lelaki ditemui selamat manakala dua lagi mangsa ditemui meninggal dunia.
“Bagaimanapun, selepas itu tiada sebarang penemuan baru dan pada petang Selasa, SAR dihentikan.
“Keadaan cuaca buruk di laut turut memaksa SAR dihentikan. Namun, sekiranya ada maklumat penemuan baru, kami akan segera menggerakkan anggota ke lokasi kejadian pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
Terdahulu, pada Khamis lalu sebuah bot dinaiki sembilan individu karam di perairan Merabung, Lahad Datu.
Dalam kejadian itu, seorang mangsa terselamat, dua maut, dan enam lagi mangsa termasuk dua kanak-kanak dilaporkan masih hilang.
#bot karam perairan Merabung
#Lahad Datu
#mencari dan menyelamat
#Merabung
#operasi sar
#Pasukan Polis Marin
#PPM Wilayah Empat Sabah