Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Jason Loh Seong Wei
Februari 26, 2021 11:27 MYT
Februari 26, 2021 11:27 MYT
PENUBUHAN "Wilayah Bebas Berniaga" (WBB) - atau secara amnya dikenali sebagai "kawasan perdagangan bebas" untuk peniaga (atau perniagaan mikro) di bawah inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa adalah dasar yang betul dan baik yang mencerminkan sifat prihatin dan empati kerajaan. Dengan kesan ekonomi COVID-19 yang berterusan sebagai latar belakang, WBB membolehkan dan menghakupayakan peniaga, terutama mereka yang lazimnya menetap di Kuala Lumpur kecuali untuk Putrajaya di mana syarat tempat tinggal adalah wajib oleh Perbadanan Putrajaya, untuk beroperasi tanpa kekangan undang-undang dan peraturan.
Namun demikian, dilaporkan awal bulan Februari bahawa pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016 kepada sebelas peniaga di WBB, Jalan Desa Rejang 1, Setapak (di bawah kawasan Parlimen Setiawangsa) kerana didapati tanpa lesen operasi sementara. Ini bersamaan dengan operasi tindakan khas perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0).
Walaupun pegawai DBKL hanya menjalankan tugas, kes istimewa dapat dibangkitkan kepada pihak berkuasa, terutama Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, untuk melonggarkan langkah-langkah penguatkuasaan selagi ada pematuhan dengan prosedur operasi standard (SOP) dari segi kebersihan (kesihatan diri dan kesihatan awam) dan syarat-syarat penting yang lain.
Tetapi pertama sekali, konsep asas WBB.
Ia bermaksud bahawa apa peniaga yang cuma perlu lakukan adalah memohon lesen operasi sementara dari DBKL, Perbadanan Putrajaya atau Perbadanan Labuan untuk beroperasi di kawasan yang dibenarkan/dizonkan dan mematuhi SOP. Lesen operasi sementara tidak boleh dipindah milik dan terhad kepada penduduk tempatan sahaja.
Oleh itu, konsep WBB menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan - sama ada sepenuh masa atau sambilan - pada masa ketidaktentuan ekonomi ini dan pesimisme kerana berlanjutannya PKP (termasuk juga dalamnya variasi utama iaitu, bersyarat dan pemulihan) yang telah mengakibatkan sektor-sektor tertentu terjejas teruk seperti pelancongan dan perkhidmatan.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, kira-kira 3000 permohonan diterima pada Disember 2020, dengan hampir 2000 permohonan diberi lesen untuk beroperasi. Lebih banyak permohonan dijangka diterima pada tahun 2021 kerana WBB terbukti berjaya - bukan hanya menyediakan sumber pendapatan yang mampan dan berterusan tetapi juga sebagai kaedah fleksibel atau bahkan pasar "improvisasi" yang lebih memudahkan dan senang diakses pembeli dan pengguna kerana tempat dan lokasinya..
Analogi boleh dibuat di sini: COVID-19 telah memangkinkan pemecahan proses fizikal rantaian bekalan - dari hujung ke hujung - yang membawa kepada ekonomi kontak rendah di mana perantara fizikal, misalnya, seperti restoran tidak lagi menjadi sebahagian daripada pengalaman pengguna. Begitu juga, WBB telah memecah-belahkan pasaran fizikal sehingga lebih tersebar disamping memberikan lebih banyak pilihan dan akses dari segi lokasi bagi pengguna yang berwaspada terhadap penumpuan orang ramai (kawasan sesak) dan kemungkinan kontak rapat kerana kekangan ruang, misalnya.
Berbalik kepada isu yang berbangkit, iaitu perlunya pihak berkuasa lebih bersikap empati dalam aktiviti penguatkuasaan mereka selagi asasnya (iaitu SOP) ada.
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan. Sama seperti konsep WBB, peralihan paradigma sementara diperlukan oleh pihak berkuasa.
Oleh itu, ketidakpatuhan tidak boleh berdasarkan prosedur birokrasi biasa seperti pelesenan pada masa penularan wabak COVID-19 terus berlangsung. Tetapi ia harus berdasarkan pertimbangan kesihatan awam dan ekonomi. Maksudnya, ketidakpatuhan dalam konteks ini adalah mengenai sama ada peniaga memenuhi keperluan kesihatan awam dan memenuhi keperluan ekonomi masyarakat (sebagai sebahagian daripada syarat asas lain).
Netizen mungkin mengingati satu insiden di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melanda media sosial melibatkan seorang pemuda "mengambil alih" tapak letak kereta kosong untuk menjual minuman. Kemarahan netizen disebabkan perasaan ketidakadilan terhadap ancaman penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan jelas sekali. Video itu juga merakam seorang warga emas yang menyatakan rasa empati dan kemarahannya ke atas insiden itu. Sebenarnya, kita juga boleh menyatakan rasa kebingungan warga emas itu terhadap sikap keteguhan dan ketegasan pihak berkuasa memandangkan kesulitan yang terpaksa ditanggung ramai akibat kesan ekonomi COVID-19.
Juga perlu diperhatikan bahawa apa yang boleh dikatakan pengalaman hampir dikenakan tindakan undang-undang, bukan sahaja pihak penguatkuasa mengalah tetapi akhirnya, pemuda itu dapat menjual banyak botol dari but keretanya kerana simpati dan empati pelanggan.
Laporan Tinjauan Sentimen Pengguna Suku Keempat (2020) Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) telah mendedahkan bahawa "kewangan isi rumah pada akhir tahun [adalah] paling lemah dalam tempoh sembilan bulan dengan responden dilaporkan dalam keadaan lebih buruk daripada sebelumnya ... meningkat ke paras tertinggi tiga perempat iaitu 42 peratus, bahkan melebihi 40 peratus tahun sebelumnya" (Malay Mail, 4 Feb 2021)".
Hasil kajian ini selari dengan hasil tinjauan 4Q 2020 EMIR Research di mana ramai rakyat Malaysia nampaknya terus menjalankan kehidupan dalam keadaan ketidakpastian mengenai daya maju ekonomi negara. Hampir lima dari sepuluh tidak pasti sama ada ekonomi negara berada pada tahap yang kukuh - yang diterjemahkan kepada 45 peratus.
EMIR Research sering kali menyeru supaya adanya ekonomi empati - diterjemahkan ke seluruh kerajaan dan keseluruhan pembentukan dasar dan penguatkuasaan dasar.
Selain daripada pihak penguatkuasa DBKL, kami juga meminta pihak berkuasa tempatan yang lain untuk tidak mengambil tindakan yang akan membahayakan sumber pendapatan serta cara pemeliharaan diri dan keluarga di daerah lain juga.
Diharapkan konsep WBB dapat ditiru di kawasan-kawasan bandar utama di negeri-negeri lain dan, oleh itu, penguatkuasaan dapat dilakukan dengan sewajarnya, iaitu, berkenaan dengan pematuhan asas-asas di bawah keadaan darurat yang luarbiasa dan bukan di bawah keadaan biasa.
Dengan mengambil langkah belakang atas nama empati, penguatkuasa (sama ada di dalam Wilayah Persekutuan atau di negeri-negeri lain) dapat - selagi asas-asasnya dipatuhi - membantu ramai dikalangan kita yang susah di dalam keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini yang disebabkan COVID-19 yang akan menjadi endemik (iaitu kekal) dan kesannya yang berterusan dalam semua aspek kehidupan kita.
* Jason Loh Seong Wei merupakan Ketua Bahagian Sosial, Perundangan dan Hak Asasi di EMIR Research
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
#WBB
#wilayah bebas berniaga
#Annuar Musa
#SOP
#ekonomi
#pelancongan
#kesihatan
#undang-undang
#warga emas
#operasi
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#PKP
#peniaga
#kerajaan
#DBKL
#peluang pekerjaan
#ketidakpatuhan
#pematuhan
#fleksibel
#darurat
#empati
#EMIR Research