Operasi mencari mangsa hilang di Kem Lolo diteruskan pagi ini
Astro Awani
April 22, 2024 13:57 MYT
April 22, 2024 13:57 MYT
HULU LANGAT: Operasi pencarian seorang lelaki warga tempatan yang hilang di Kem Lolo, Kampung Pangsun, Hulu Langat, pada Ahad diteruskan pagi ini.
Mangsa yang berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika melakukan pendakian.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.11 malam semalam.
Seramai 24 anggota operasi dikerah ke lokasi kejadian termasuk 12 anggota bomba, 10 malim gunung, dan 2 renjer perhutanan.
Operasi mencari dan penyelamat bermula jam 10.15 pagi dengan jarak pencarian meliputi 7 kilometer.
Gunung Nuang adalah puncak tertinggi di Selangor dengan ketinggian 1,439 meter dan antara geotapak di bawah Gombak Hulu Langat Geopark.