Operasi mencari dua lagi warga Singapura bermula 6 pagi tadi

Bernama
Jun 9, 2015 10:08 MYT
Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi tadi.
Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi telah bermula sejak 6 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.
"Hari ini keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata. Operasi pencarian kini telah bermula," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Semalam, gerakan untuk membawa pasukan mencari dan menyelamat bagi misi membawa turun dua lagi mayat mangsa gempa di Gunung Kinabalu terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung.
Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).
Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat.
#gempa #gempa bumi #Gunung Kinabalu #Mohd Farhan Lee Abdullah #Ranau #Sabah #Singapura
;