KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
Sementara itu, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata tiada pembatalan penerbangan berlaku meskipun ia mengalami gangguan sistem dalaman.
Difahamkan gangguan itu juga tidak menjejaskan operasi Malaysia Airlines.
Bagaimanapun, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan IT global itu boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines, meskipun tiada pembatalan setakat ini.
Dilaporkan berlaku gangguan perjalanan di seluruh dunia susulan gangguan IT yang dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.
CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Difahamkan gangguan itu juga tidak menjejaskan operasi Malaysia Airlines. - Foto Bernama
Gangguan IT global: AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.
Sarawak dan LTAT tandatangan MoU beri manfaat enam sektor utama
Abang Johari berkata Sarawak sedang melaksanakan beberapa inisiatif untuk mencapai matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
Langkah penyelesaian telah diaktifkan – CEO CrowdStrike
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CrowdStrike, George Kurtz berkata satu langkah penyelesaian sudah diaktifkan bagi menangani gangguan IT global yang sedang berlaku.
Kurtz berkata, pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Kurtz berkata, pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Sistem tempahan dan daftar masuk AirAsia turut terkesan
AirAsia mengesahkan ia turut terkesan dengan gangguan siber global melibatkan firma keselamatan siber global, CrowdStrike.
Syarikat penerbangan itu berkata, gangguan tersebut menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuknya.
Syarikat penerbangan itu berkata, gangguan tersebut menjejaskan sistem tempahan dan daftar masuknya.
Gangguan IT global: Apa kesan kepada keselamatan siber negara?
Bersama di talian, Siraj Jalil, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia.
CrowdStrike akui gangguan pada sensor felcon
Firma Keselamatan IT CrowdStrike menyiarkan mesej telefon pada Jumaat mengatakan ia mengambil maklum mengenai laporan gangguan sisten pengendaliaan Windows Microsoft yang berkaitan dengan sensor falconnya.
NACSA sahkan pelbagai sektor kritikal terjejas di Malaysia
Di Malaysia, NACSA telah memerhatikan gangguan operasi dalam bidang utama. Sebagai contoh, operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah terjejas, menyebabkan proses daftar masuk manual dan masa menunggu yang dilanjutkan.
Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini disebabkan oleh gangguan global Microsoft Azure.
Beberapa negara alami gangguan IT, operasi lapangan terbang terjejas
Perisian yang dibangunkan syarikat peneraju keselamatan siber global, CrowdStrike mengalami gangguan siber terbesar sehingga menjejaskan operasi di beberapa negara termasuk Singapura, Australia dan Amerika Syarikat.
Gangguan IT global: AEON Bank sahkan operasi tidak terjejas
Aeon Bank (M) Bhd, satu daripada tiga bank digital yang telah mula beroperasi mengesahkan bahawa operasinya tidak terjejas oleh gangguan global Microsoft.
Gangguan IT global: MAG sahkan jadual penerbangan Malaysia Airlines, Firefly tidak terjejas
Malaysia Aviation Group (MAG) mengesahkan jadual penerbangan untuk Malaysia Airlines dan Firefly hari ini kekal tidak terjejas.
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara mohon pemulangan tambang!
Gangguan IT global: Terlepas penerbangan? Ini cara-cara untuk mohon pemulangan tambang!
Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.
Gangguan IT global: Operasi Pelabuhan Klang tidak terjejas
Lembaga Pelabuhan Klang mengesahkan operasi di Northport (Malaysia) Bhd dan Westports Holdings Bhd tidak terjejas dengan gangguan Microsoft Windows global yang menjejaskan banyak industri.
Gangguan IT global: Ini 6 perkara anda perlu tahu
Gangguan IT global yang berlaku hari ini telah menjejaskan operasi syarikat penerbangan dan perkhidmatan terminal, menyebabkan kelewatan dan gangguan di seluruh dunia.
Gangguan IT global: Sistem KTMB, saluran perkhidmatan pelanggan terkesan
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan bahawa Sistem Tiket Bersepadu (KITS) serta semua saluran perkhidmatan pelanggannya terjejas oleh gangguan IT global.
Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.
Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.