Operasi bot ekspres dihentikan sementara waktu
Astro Awani
Januari 25, 2014 14:46 MYT
Januari 25, 2014 14:46 MYT
Operasi bot ekspres bagi laluan Kuching-Sarikei-Sibu dihentikan sementara waktu berikutan cuaca buruk dan laut bergelora.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan angin bertiup kencang antara 40 hingga 60 kilometer sejam dengan lambungan ombak setinggi tiga meter sehingga Jumaat ini.
Sementara itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kenny Ak Bisa, 28, masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat digiatkan dengan mencari di kawasan berhampiran.
Bot yang dinaiki 18 penumpang itu karam selepas terlanggar ombak besar daripada kapal yang lalu di sungai berkenaan.
Kenny dikhuatiri lemas akibat keletihan selepas berusaha menyelamatkan adiknya yang tidak pandai berenang.