Operasi bersepadu jalan raya bersempena sambutan Aidilfitri ini akan memberi tumpuan kepada pemandu bas ekspres, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Menurutnya, beliau telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mempertingkatkan penguatkuasaan serta pemeriksaan rapi terhadap pemandu bas ekspres bagi memastikan keselamatan jalan raya berterusan.
"Kita tak mahu isu-isu pemandu bas ekspres yang disenarai hitam atau yang terlibat kesalahan-kesalahan jalan raya masih dibenarkan memandu. Lebih banyak operasi bersepadu mesti dilakukan," katanya selepas menjadi tetamu program bual bicara terbitan Bernama News Channel pada Khamis.
Katanya, kempen kesedaran dan keselamatan jalan raya akan diteruskan dengan kerjasama pelbagai agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, JPJ dan pengendali lebuh raya.
Berhubung desakan persatuan teksi yang mahu Pakatan Harapan menghapuskan perkhidmatan e-hailing seperti GrabCar, beliau berkata sesi dialog akan diadakan dengan persatuan, pengusaha, pemandu teksi dan pihak berkepentingan bagi mencari mekanisme terbaik menyelesaikan kemelut berkenaan.
"Kita tak boleh tengok (dengar) satu pihak sahaja. Pandangan semua pihak perlu diambil kira bukan sahaja pemandu teksi tetapi juga pengguna perlu mendapatkan perkhidmatan terbaik.
"Memang kita semua mahukan perubahan tetapi ada perkara yang kita tidak boleh buat serta-merta," katanya.
Loke berkata kerajaan komited melaksanakan perubahan dalam membantu dan memenuhi keperluan rakyat namun perlu diberi masa untuk melakukan perbincangan.
Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) yang mewakili suara 25,000 pemandu teksi hari ini dilaporkan meminta kerajaan mengharamkan perkhidmatan e-hailing iaitu Uber dan GrabCar kerana didakwa menjejaskan pendapatan pemandu teksi konvensional di seluruh negara. -- Bernama
Bernama
Thu May 24 2018
![Operasi bersepadu Aidilfitri tumpu pemandu bas ekspres - Anthony Loke Operasi bersepadu Aidilfitri tumpu pemandu bas ekspres - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527159484_AnthonyLoke.jpg)
Loke (tengah) ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke JPJ semalam. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715243633_tbPemangkuSultanJo.jpg)
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
![Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714813714_YangdiPertuanAgon.jpg)
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
![MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714620629_TBasnaf.jpg)
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
![Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713954094_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
![Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
![Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689497929_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
!['Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya 'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713136093_Alirantrafik.jpg)
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
![Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713082538_TBRAYASABAH.jpg)
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
![Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713002909_tbsesaklebuhraya.jpg)
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
![Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712998845_tbKemalanganKuanta.jpg)
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.