OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora

Astro Awani
Disember 12, 2024 09:20 MYT
OpenAI mengalami gangguan yang meluas ketika ini sekali gus menjejaskan banyak perkhidmatan termasuk API, ChatGPT dan Sora dan menimbulkan kesulitan kepada ratusan penggunanya di seluruh dunia. - Foto OpenAI
KUALA LUMPUR: OpenAI mengalami gangguan yang meluas ketika ini sekali gus menjejaskan banyak perkhidmatan termasuk API, ChatGPT dan Sora dan menimbulkan kesulitan kepada ratusan penggunanya di seluruh dunia.
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Gangguan itu bukan hanya melibatkan pengguna percuma, malah turut melibatkan pelanggan perkhidmatan premium.
Kekecewaan itu diluahkan ramai pelanggan berbayar di platform media sosial.
Dalam pada itu, OpenAI telah mengenal pasti masalah tersebut dan sedang menanganinya.

We're experiencing an outage right now. We have identified the issue and are working to roll out a fix. Sorry and we'll keep you updated!

— OpenAI (@OpenAI) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, OpenAI tidak menyatakan sebarang anggaran masa untuk masalah itu diselesaikan dan perkhidmatan kembali seperti biasa.
Pengguna perkhidmatannya melaporkan pelbagai masalah, termasuk log masuk perlahan dan prestasi merosot merentas beberapa ciri.

When you're working on a tight deadline, and #ChatGPT is down ... What's going on @OpenAI huh? pic.twitter.com/aRMwhRsqEm

— Zhengzhong Tu (@_vztu) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Breaking News: CHATGPT is currently experiencing technical difficulties and is unavailable for use at this time. pic.twitter.com/qqrSTl6Ktw

— Ad Zouh (@ad_zouh) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gangguan ini amat mengganggu pelanggan seperti mereka yang menggunakan pelan GPTPro, yang bergantung pada teknologi OpenAI untuk perniagaan dan tugas yang berkaitan dengan kerja.
Tanpa penyelesaian segera dilihat, ramai yang terbiar mencari alternatif atau hanya menunggu masa henti.
#ChatGPT #OpenAI #gangguan teknologi #kecerdasan buatan
;