OpenAI menjana 100 bilion perkataan sehari
Amanz
Februari 11, 2024 05:40 MYT
Februari 11, 2024 05:40 MYT
Tidak melampau untuk mengatakan OpenAI mempopularkan penggunaan chatbot kecerdasan buatan (AI) dalam aktiviti harian.
ChatGPT bertanggungjawab memulakan perang AI yang kini turut melibatkan Microsoft, Meta, Samsung, Apple dan banyak lagi. CEO OpenAI Sam Altman kini mengatakan OpenAI menjana 100 bilion perkataan sehari.
Angka yang nampak cukup besar tetapi tambah beliau lagi masih lebih kecil berbanding 100 trilion perkataan sehari yang ditulis oleh manusia setiap hari.
Dengan peranti pintar mula mempunyai ciri AI terbina, jumlah perkataan yang dijana setiap hari pastinya akan meningkat mendadak padat tahun ini.
Walaupun penggunaan AI masih lagi baharu, impaknya ke atas dunia penerbitan dan seni kreatif sudah dapat dilihat.
Sudah terdapat beberapa laman berita atas talian yang menggunakan AI sebagai pengganti penulis manusia. Ini menjadi asas mengapa syarikat seperti OpenAI telah disaman oleh penulis terkemuka seperti George R R Martin dan John Grisham kerana didakwa menggunakan karya mereka untuk melatih model AI. - Amanz