OpenAI dilapor bakal lancar pembantu maya mampu kenal objek, imej
Amanz
Mei 11, 2024 10:15 MYT
Mei 11, 2024 10:15 MYT
MINGGU ini muncul laporan OpenAI akan melancarkan “SearchGPT” yang membolehkan carian internet masa nyata dilakukan dengan tepat lengkap degan rujukan ketika acara yang dijadualkan pada 13 Mei.
Hari ini muncul pula laporan OpenAI akan turut melancarkan pembantu maya yang boleh mengenalpasti objek dan juga imej.
Sam Altman telahpun mengatakan pada acara ini produk dalam bentuk enjin carian dan GPT-5 tidak akan diumumkan.
Jika laporan ini benar, ia boleh dilihat sebagai batu nisan untuk peranti AI seperti Rabbit AI dan Humane AI Pin yang turut diiklankan mempunyai kemampuan yang sama tetapi gagal melakukannya dengan pantas atau konsisten.
Inovasi seterusnya OpenAI mungkin ialah pesaing kepada Google Assistant, Alexa dan Siri.
Ketiga-tiga pembantu maya ini adalah dominan dalam dunia pembantu maya tetapi kini sudah terasa agak berusia lebih-lebih lagi Siri.
Google memperkenalkan Gemini tahun ini sebagai alternatif kepada Assistant tetapi berdasarkan pengalaman kami ia masih agak perlahan.