Op Warta: Kaunter saman dibuka Sabtu dan Ahad
Hakim Rahman
Mei 16, 2015 08:01 MYT
Mei 16, 2015 08:01 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kaunter pembayaran saman pada Sabtu dan Ahad sebelum Op Warta bagi mengesan pesalah trafik dijalankan.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, semua kaunter saman Polis Trafik akan dibuka bagi memberi kemudahan kepada orang ramai membuat pembayaran saman.
Bagaimanapun katanya polis tidak akan menangguhkan Op Warta yang akan bermula minggu hadapan.
"Kami tidak akan menangguhkan Op Warta dan tetap akan menjalankannya minggu hadapan," katanya dalam satu kenyataan kepada media.
Op Warta dilancarkan bagi mengesan individu yang mempunyai waran tangkap yang belum diselesaikan.
Sebaik dilancarkan Polis akan melakukan operasi sekatan jalan raya dan tangkapan terhadap individu di seluruh negara termasuk pergi ke premis mereka bekerja.