Op Selat: Lapan pegawai Jabatan Imigresen didakwa di enam negeri bermula esok

Astro Awani
Disember 13, 2020 13:26 MYT
Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan menerusi Op Selat bulan lalu akan didakwa di enam negeri berasingan pada Isnin dan Rabu depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan menerusi Op Selat bulan lalu akan didakwa di enam negeri berasingan pada Isnin dan Rabu depan.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Isnin, dua pegawai akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.
Tiga lagi akan dituduh di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka.
Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu.
BACA: Pemalsuan cap sempadan: 44 individu termasuk 27 pegawai Imigresen direman - SPRM
BACA: Op Selat: Pegawai Imigresen di KLIA antara tiga direman SPRM
Kesemua pegawai berdepan pertuduhan atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia.
Terdahulu, pada 16 November lalu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara.
#SPRM #shah alam #Kuala Terengganu #warga asing #sindiket #Rasuah #OPS SELAT
;