KUALA TERENGGANU: Bulan pertama pelaksanaan Op Pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Terengganu, menyaksikan hampir separuh daripada majikan yang diperiksa gagal mendaftar dan mencarum dengan pertubuhan itu, untuk perlindungan keselamatan sosial pekerja mereka.
Pengarah Perkeso Terengganu Farihah Che Husin berkata jumlah berkenaan, melibatkan 255 majikan daripada 585 pemeriksaan dibuat agensi itu, di seluruh negeri sepanjang Mei.
"Pada tahun ini, Perkeso mengadakan Op Pemutihan di seluruh negara selama dua bulan, iaitu bermula 1 Mei hingga 30 Jun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini iaitu hanya selama sebulan.
Hasil pemeriksaan yang dibuat pada bulan lepas mendapati, 255 atau 43.6 peratus majikan gagal mendaftar dan mencarum dengan Perkeso. Pelbagai alasan diberikan mereka termasuklah tidak tahu kewujudan Perkeso, serta tidak sempat untuk mendaftar," katanya selepas meninjau pelaksanaan Op Pemutihan di sini, hari ini.
Beliau berkata sepanjang Mei juga, seramai 14 individu yang bekerja sendiri telah mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), dengan jumlah caruman sebanyak RM652.40.
SKSPS mula dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 bagi memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri, melibatkan 19 sektor di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Farihah berkata lagi menerusi Op Pemutihan tahun ini, pihaknya menyasarkan premis yang baharu beroperasi serta perusahaan yang menjalankan perniagaan sehingga lewat malam, dengan menggajikan pekerja tempatan dan warga asing yang layak mencarum dengan Perkeso.
"Op Pemutihan ini sebenarnya beri peluang kepada majikan untuk mendaftar perusahaan dan mencarum pekerja mereka. Mereka tidak akan didenda sekiranya lewat untuk mendaftar asalkan masih dalam tempoh pelaksaan operasi.
"Kita juga tidak kenakan tindakan atau faedah kepada majikan yang mahu selesaikan tunggakan caruman sebelum ini, kerana kami kalau boleh nak semua majikan dan pekerja di Terengganu tidak diabaikan dari segi kebajikan caruman," katanya.
Bagaimanapun, Farihah berkata tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana majikan yang ingkar untuk berbuat demikian menerusi pelaksanaan Op Kesan yang akan bermula 1 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Farihah berkata jumlah berkenaan, melibatkan 255 majikan daripada 585 pemeriksaan dibuat agensi itu, di seluruh negeri sepanjang Mei. - Gambar fail/Bernama
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.