Op Lancar: PDRM nasihat pengguna patuhi undang-undang jalan raya

Astro Awani
Julai 11, 2022 08:30 MYT
Keadaan trafik yang sesak di sekitar Plaza Tol Gombak. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri, ahli keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.
Menurut Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Noorsiah Mohd Saaduddin, pihaknya komited dalam menjalankan ugas bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas.
Katanya, PDRM mendapati kesesakan kerap berlaku di plaza tol dan kawasan mendaki.
BACA: Aidiladha: Plaza tol, kawasan mendaki lokasi kerap sesak di lebuh raya
"Pengguna dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan lebuh raya dan cadangan waktu pergerakan yang diberi oleh konsesi lebuh raya sebelum membuat pergerakan pulang," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Op Lancar dilaksanakan sempena cuti umum Hari Raya Aidiladha 2022 sejak 8 hingga 11 Julai.
#Aidiladha #PDRM #Op Lancar #jalan raya
;