Op Ladang: AGC setuju dakwa bekas pengurus besar NAFAS - Azam Baki

Firdaus Azil
Januari 21, 2025 16:34 MYT
Azam berkata berkata pihaknya telah mengesyorkan agar individu tersebut dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.- Foto Bernama
PUTRAJAYA: Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dalam sidang media khas di Putrajaya berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.
Beliau berkata pihaknya telah mengesyorkan agar individu tersebut dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
“Berhubung Op Ladang membabitkan NAFAS, disyaki wujud unsur rasuah membabitkan pembekalan baja padi sebanyak RM1.8 bilion, SPRM buka kertas siasatan, kertas siasatan sudah dilengkapkan dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).
“(Kes ini membabitkan) seorang bekas pengurus besar NAFAS, DPP bersetuju untuk menuduh individu berkenaan seperti disyorkan dengan dua pertuduhan,” katanya lagi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#pengurus besar NAFAS #Pertubuhan Peladang Kebangsaan #Azam Baki #SPRM #Rasuah #bekalan baja padi #terkini
;