Op Global: Polis akan mohon sambung reman 24 ahli GISB termasuk CEO - KPN

Umavathi Ramayah
Oktober 3, 2024 16:30 MYT
Razarudin Husain memberitahu, ia adalah bagi membolehkan polis meneruskan siasatan berkait kes pemerdagangan orang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya yang dijadual tamat esok.

Ringkasan AI
  • Lanjutan Reman: Polis akan memohon lanjutan reman terhadap 24 pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, untuk melengkapkan siasatan kes pemerdagangan manusia.
  • Penahanan Semula: Kesemua kepimpinan tertinggi GISB, termasuk CEO, isteri, dan anak-anak, telah ditahan semula di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
  • Operasi Global: Mereka ditahan susulan Op Global yang dilancarkan pada 19 September, dengan tempoh reman dilanjutkan dua kali pada 25 dan 30 September, dan dijangka tamat esok.

Beliau memberitahu, ia adalah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.
"Sebelum ini, kesemua kepimpinan tertinggi GISB teremasuk CEO GISB, isteri dan anak-anak ditahan semula bersabit satu kertas siasatan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
"Polis akan memohon reman mereka disambung bagi melengkapkan siasatan.
"Setakat ini kesemua 24 ahli kepimpinan tinggi GISB tidak ditahan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Mereka adalah antara yang ditahan susulan Op Global dilancarkan polis pada 19 September lalu, sebelum direman tujuh hari.
Tempoh reman membabitkan keseluruhan 24 yang ditahan itu dilanjutkan selama dua kali pada 25 dan 30 September lalu, dengan yang terakhir dijangka tamat esok.
#Razarudin Husain #GISB #Ketua Polis Negara #Op Global #sambung reman #terkini
;