Op Cantas Khas Vulture untuk banteras ah long

Harris Hardy Hakim
Disember 26, 2013 07:00 MYT
Polis Kuala Lumpur memperhebatkan usaha mengekang kegiatan pemberian pinjaman wang haram, ah long melalui Op Cantas Khas Vulture.
Operasi menurunkan banting iklan ah long dilakukan di sekitar kotaraya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.
Ia bermula 10 pagi hingga 2 petang melibatkan 122 anggota serta pegawai polis dan DBKL.
1,020 keping banting berjaya diturunkan di enam kawasan yang menjadi tumpuan kegiatan ah long seperti di Cheras, Bandar Tun Razak, Pudu dan Kepong.
Hasil operasi itu polis berjaya mengenalpasti 231 nombor telefon yang digunakan sindiket pemberi pinjaman wang haram.
Nombor telefon berkenaan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM untuk tindakan susulan.
Klik video untuk laporan penuh.
#Ah Long #DBKL #Op Cantas Khas Vulture #Polis KL
;