KUALA LUMPUR: Pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara menerusi Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (Op BPT) bermula hari ini.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan operasi yang melibatkan pemeriksaan di 93 kilang, 130 pemborong dan peruncit itu turut meliputi pemeriksaan di sempadan negara dan pelabuhan utama.
"KPKM menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menukar kampit atau mencampurkan BPT dengan Beras Putih Import (BPI) atau menyembunyikan bekalan BPT," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu berkata bahawa Mesyuarat Penyelarasan Task Force Khas Operasi Bersepadu BPT (OP BPT) yang dipengerusikan Timbalan Menterinya Chan Foong Hin semalam memperincikan terma dan syarat serta prosedur operasi standard (SOP) terhadap pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua peringkat rantaian pembekalan BPT.
Mesyuarat itu melibatkan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).
"Task force ini turut melibatkan Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai badan teknikal yang akan melakukan analisis kimia bagi menguji sampel beras yang diambil dan dijadikan satu daripada elemen pembuktian dalam proses pendakwaan," katanya.
Selain itu, beberapa perkara lain turut dipersetujui termasuk menurunkan kuasa kepada agensi-agensi penguatkuasaan di bawah Seksyen 6, Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 (Akta 522) serta mewujudkan Bilik Gerakan bagi Task Force Khas Bersepadu BPT di kementerian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023
Pemeriksaan di peringkat pengilang dan pemborong padi dan beras di seluruh negara menerusi Operasi Bersepadu Beras Putih Tempatan (Op BPT) bermula hari ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
KPKM lancar operasi beras putih tempatan bermula 16 Ogos
KPKM turut mengingatkan semua pengilang, pemborong dan peruncit agar tidak sesekali melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras.