KULIM: Kira-kira 30,000 keluarga di seluruh negara menerima manfaat daripada pelaksanaan Program Op Bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijalankan sejak Julai lalu.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menyatakan program penyampaian bantuan makanan itu dilihat sebagai medium terbaik dalam membantu meringankan bebanan keluarga yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Tambahnya, program yang dilakukan itu juga adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif PDRM yang akan bertindak sebagai orang tengah atau pemudah cara bagi proses penyaluran bantuan kepada penduduk setempat.
Acryl Sani turut memaklumkan bahawa tiada sasaran penerima ditetapkan bagi program Op Bantu sebaliknya ia akan dijadikan medium yang akan memanfaatkan ramai golongan yang terjejas ketika ini.
"Setakat hari ini yang saya tengok, (penerima itu) ada kira-kira 30,000 (keluarga yang terima manfaat), jadi perkara ini (akan dijalankan secara) berterusan. Kita akan dapatkan bantuan bantuan daripada pihak yang sudi membantu (golongan terjejas) daripada wabak COVID-19 ini.
"Idea asal (Op Bantu ini adalah) untuk kita jadi pemudah cara, kita akan kenal pasti (pihak yang terjejas), sebab dalam PDRM kita ada bahagian balai polis, ketua polis balai, pondok polis yang sewajarnya mengenali masyarakat di tempat mereka bertugas," jelas Acryl Sani.
Beliau berkata demikian ketika menyertai program Op Bantu di Kulim, Kedah yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Untuk rekod, Op Bantu adalah merupakan inisiatif yang membabitkan kolaborasi strategik PDRM bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ia akan menjadikan kesemua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai pusat pengagihan bantuan terbabit.
Abd Hadi Che Awang
Thu Aug 26 2021
![Op Bantu manfaatkan 30,000 keluarga sejak Julai Op Bantu manfaatkan 30,000 keluarga sejak Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628011932_AcrylSani.jpg)
ACRYL SANI: Tiada sasaran penerima ditetapkan bagi program Op Bantu sebaliknya ia akan dijadikan medium yang akan memanfaatkan ramai golongan yang terjejas ketika ini. - Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis lancar Op Bantu selaras bantuan kepada mangsa banjir Polis lancar Op Bantu selaras bantuan kepada mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698824604_HazaniGhazali.jpg)
Polis lancar Op Bantu selaras bantuan kepada mangsa banjir
PDRM. melancarkan 'Op Bantu' bagi menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan organisasi lain kepada mangsa banjir terutama yang ditempatkan di PPS.
![PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639119652_TBHAZANI.jpg)
PDRM lancar Op Bantu mangsa banjir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Bantu bagi tujuan menyelaras penyampaian bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir.
![KDN lancar Op Bantu, bantu rakyat terputus bekalan makanan KDN lancar Op Bantu, bantu rakyat terputus bekalan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625569587_UKKKPWKM.jpg)
KDN lancar Op Bantu, bantu rakyat terputus bekalan makanan
KDN melancarkan Op Bantu bagi memberikan bantuan segera kepada mana-mana individu yang terputus bekalan makanan di seluruh negara.