Onn Hafiz seru belia jadi pemimpin muda aktif, gerak agenda pembangunan belia negeri

Bernama
Julai 16, 2022 17:33 MYT
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru golongan belia menjadi pemimpin muda yang aktif untuk menggerakkan agenda pembangunan belia di negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru golongan belia menjadi pemimpin muda yang aktif untuk menggerakkan agenda pembangunan belia di negeri itu.
Beliau berkata Dewan Muda Johor (DMJ) yang merupakan platform terbuka dan bebas dengan mengumpulkan anak muda Johor daripada pelbagai latar belakang, perlu dimanfaatkan untuk membincang dan membahaskan usul berkaitan dasar dan polisi Kerajaan Negeri Johor.
"Kita mempunyai 1.8 juta anak muda di Johor dan 50 peratus daripada bangsa Johor adalah anak muda.
"Mereka adalah pewaris kepada kepimpinan negeri dan jika pemimpin muda tidak tampil ke hadapan, mana mungkin kita boleh mencapai kejayaan yang kita impikan bersama," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan DMJ yang disiarkan secara langsung di Facebook hari ini.
-- BERNAMA
#Menteri Besar Johor #golongan belia #pemimpin muda #agenda pembangunan belia #onn hafiz ghazi #Dewan Muda Johor #DMJ
;