Ong Hong Peng dilantik Pengerusi Tourism Malaysia
Bernama
Ogos 12, 2022 19:07 MYT
Ogos 12, 2022 19:07 MYT
PUTRAJAYA: Tan Sri Dr Ong Hong Peng dinamakan sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) berkuat kuasa 4 Ogos.
Tourism Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, Ong yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Pelancongan selama lapan tahun sejak 2008, menggantikan Datuk Seri Ramlan Ibrahim.
Menurutnya, Ong komited untuk bekerjasama rapat dengan pengurusan dan pegawai Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, industri pelancongan dan media bagi menggiatkan semula industri pelancongan dan meletakkan Malaysia sebagai destinasi percutian yang selamat dan menjadi pilihan.
Tourism Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ia memberi tumpuan kepada tugas khusus untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. - BERNAMA
#Ong Hong Peng
#Pengerusi Tourism Malaysia
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#industri pelancongan