ALOR SETAR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang tidak sedarkan diri sejak 10 hari lepas selepas dipukul dan dipijak dua penghuni lain di sebuah pusat penjagaan mental di Sungai Petani, dekat sini, meninggal dunia pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, dekat sini, pada jam 4.02 pagi.
Beliau memaklumkan, kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) sebelum ini akan dipinda ke Seksyen 302 KK kerana membunuh berikutan kematian mangsa.
“Sebelum ini, mangsa menerima rawatan di zon merah HSAH pada 17 Julai lepas selepas tidak sedarkan diri akibat dibelasah dua penghuni sebuah pusat penjagaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati dua penghuni berusia 21 dan 33 tahun terhadap mangsa yang memijak mereka ketika sedang tidur di lantai bilik,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zaidy berkata, pengurus pusat jagaan terbabit memaklumkan mereka ada menerima maklumat bahawa kaki mangsa lebam akibat dipijak dua penghuni pada 11 Julai lepas.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Bakar Arang, Sungai Petani, dekat sini, pada keesokan harinya.
“Bagaimanapun, mangsa didapati dalam keadaan tidak bermaya di tempat tidurnya semasa dipanggil untuk makan lebih kurang jam 12.40 tengah hari pada 17 Julai sebelum dibawa ke HSAH untuk menerima rawatan selanjutnya,” katanya.
Tambah beliau, doktor pakar yang merawat mangsa memaklumkan dia dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada ubat-ubatan dan bantuan pernafasan.
Menurutnya, terdapat kesan lebam dari bawah pinggang hingga bahagian betis dan tulang tepi tapak kaki sebelah kanan juga didapati patah.
“Kemungkinan berlaku kecederaan dalaman di bahagian perut mangsa dan dia seterusnya menerima rawatan dan dipantau pakar di zon merah HSAH,” katanya.
Zaidy berkata, hasil temu bual awal terhadap kedua-dua suspek, mereka mendakwa telah memukul lelaki itu disebabkan mangsa telah mengganggu dengan memijak mereka yang sedang tidur di lantai bilik.
Katanya, siasatan mendapati pusat jagaan terbabit telah beroperasi sejak 2009 dan memiliki tiga bilik yang menempatkan pesakit mental yang dihantar keluarga.
“Terdapat seramai 57 pesakit mental termasuklah mangsa yang menghuni pusat jagaan tersebut sejak lebih kurang 10 tahun,” katanya.
Susulan itu, beliau memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk bedah siasat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 26 2022

Seorang lelaki OKU yang tidak sedarkan diri sejak 10 hari lepas selepas dipukul dan dipijak dua penghuni lain di sebuah pusat penjagaan mental di Sungai Petani meninggal dunia pada Isnin. -Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.